Surprise Me

Sultan Johor, TMJ tunai hajat penyokong istimewa JDT - HDMaza.pw

2016-10-05 0 3,123

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menunaikan hajat penyokong istimewa Johor Darul Takzim (JDT) Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, 5, yang juga pesakit kulit genetik Epidermolysis Bullosa untuk menemui Tunku Mahkota Impian Hazreel tertunai semalam apabila Sultan Johor dan Tunku Mahkota berkenan mencemar duli ke rumah mereka di Blok B Rumah Pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam sekitar jam 10 pagi. keluarga ternyata terharu dengan kesudian Sultan Johor dan Tunku Mahkota dalam menunaikan hajat anak ketiga mereka itu. Ibu Hazreel Noor Halimaton berkata Sultan Ibrahim menunjukkan keprihatinan berkaitan sakit yang dihidapti Hareel serta turut menasihati keluarga membawa Hazreel bertemu doktor dan memberi semangat bahawa semua penyakit di dunia ini ada penawarnya dan jangan berputus asa. Dalam lawatan sekitar 30 minit itu Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail memberikan cenderamata Johor Southern Tigers dan sumbangan untuk Hazreel bagi menampung perbelanjaan perubatan kanak-kanak itu.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw