Surprise Me

Pemilik Facebook mohon maaf tuduh jurulatih dan pemain Kedah rasuah - HDMaza.pw

2017-12-07 0 2,426

Pemilik akaun Facebook Muhammad Ridzwan memuat naik video permohonan maaf berkenaan statusnya yang menuduh jurulatih dan pemain Kedah menjual perlawanan。 Tuduhan Muhammad Ridzwan itu dimuat naik selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Kedah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 4 November lalu. Muhammad Ridzwan dalam video itu tampil dengan memakai kaca mata hitam bertopi dengan menutup sebahagian mukanya dari mulut ke hidung. Ridzwan dalam video itu memohon maaf dan menjelaskan tiada niat memfitnah sebaliknya kenyataan adalah kerana rasa emosi. Tambah Ridzwan, beliau telah membuat laporan polis berkenaan hal itu dan menyatakan telah berusaha menemui pemberita untuk membuat kenyataan tetapi gagal. Untuk rekod Status Ridzwan menjadi tular dan mendapat perhatian serius Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah meminta Muhammad Ridzwan tampil melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuauh Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti tentang dakwaannya. Ketua jurulatih Kedah ketika itu, Nidzam Adzha telah membuat laporan polis dan meminta Muhammad Ridzwan menarik balik kenyataannya atau pun akan mengambil tindakan undang-undang kepada Ridzwan.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw