Surprise Me

Kisah menyayat hati dua pemain Islam di dalam kelab bola sepak Israel - HDMaza.pw

2017-12-22 0 1,391

Bola sepak itu menyatukan, tidak kira bangsa, agama atau pun negara. Namun kata-kata itu tidak menjadi kenyataan apabila sebuah kelab bola sepak di Israel mengambil langkah menyerap dua pemain beragama Islam ke dalam pasukan. Tentangan maha dahsyat telah diterima kelab daripada 'penyokong setia' mereka yang menganggap kelab telah tercemar dan tidak suci lagi. Beitar Jurusalem sebuah kelab bola sepak professional yang bermain di Liga Perdana Israel. 2013 pengurusan membawa masuk dua pemain beragam Islam dari Chechnya dan ini punca keruntuhan kelab ini. Gabriel Kadiev dan Zaur Sadayev, diganggu secara berterusan ketika latihan dan di luar padang hingga memaksa polis mengiringi mereka ke mana sahaja mereka pergi. Sadayev bermain di posisi penyerang dan telah menjaringkan gol ketika Beitar tetapi jaringan pemain tersebut mencetuskan kemarahan 'penyokong setia' Beitar. Penyokong merusuh di luar stadium dan di dalam stadium tertera kain rentang 'Beitar suci selamanya'. Tekanan yang maha dahsyat ini akhirnya membuatkan Sadayev dan Kadiev lemah. 7 penampilan dan mereka kembali ke Eropah.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw