Surprise Me

Video penuh: JDT punya cara unik perkenal jersi dan pemain - HDMaza.pw

2018-02-02 2 7,753

Terlerai sudah segala persoalan apabila bahagian kedua video pelancaran jersi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi.Video dengan jalan cerita yang ringkas tetapi cukup asli. 10 pemain JDT 'dicabar' sebagai pelakon dengan penampilan khas empat legenda bola sepak dunia dari empat negara.Turut tidak ketinggalan penampilan pertama kali Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dalam video 'gimik' JDT.Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seperti biasa akan menjadi watak penting seperti lazimnya video pelancaran jersi JDT.Kelainan pada tahun ini bukan hanya untuk melancarkan jersi terbaru tetapi 'gimik' memperkenal import kelima turut diselit dalam video ini.JDT sememangnya punya cara tersendiri untuk memperkenal jersi dan pemain yang lain dari kebiasaan di negara ini.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw