Surprise Me

Pasukan SEAL selamatkan 12 pemain bola sepak - HDMaza.pw

2018-07-03 0 7,631

Pasukan tentera laut Thailand, SEAL, berjaya menemui 12 kanak-kanak lelaki dan seorang jurulatih bola sepak selepas 10 hari terperangkap di dalam gua akibat banjir ketika meneroka kompleks gua Tham Luang di sebuah taman negara berhampiran sempadan utara Thailand dengan Myanmar.Memetik laporan tempatan, pasukan tentera laut bergelut melalui laluan sempit dan air keruh sebelum menemui kanak-kanak terbabit di atas batu tinggi sejauh empat kilometer dari gua.Video yang diambil anggota SEAL menunjukkan kanak-kanak itu memakai seluar pendek serta berbaju merah dan biru duduk di atas batu lebih tinggi dari aras air.Nenurut Naib Presiden Majlis Menyelamat Gua British (BCRC) Bill Whitehouse, dua penyelam Britain, John Volanthen dan Rick Stanton, yang pertama menemui budak lelaki itu, memiliki pengalaman luas usaha menyelamat dalam gua.Kanak-kanak terbabit berusia antara 11 hingga 16 tahun manakala jurulatih mereka berusia 25 tahun.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw