Surprise Me

12 pemain bola sepak, jurulatih selamat keluar dari gua - HDMaza.pw

2018-07-11 1 4,319

Kumpulan terakhir empat pemain pasukan bola sepak dan jurulatih mereka, Ekapol Chantawong berjaya dibawa keluar dengan selamat dari gua Tham Luang di Chiang Rai, untuk mengakhiri operasi menyelamat yang berisiko itu.Sepanjuang operasi selama tiga hari, pasukan penyelamat dari pelbagai negara berjaya mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap dalam gua yang ditenggelami air.Jurulatih mereka berusia 25 tahun ialah orang terakhir yang dibawa keluar dengan selamat.Demikian disahkan oleh Unit SEAL Tentera Laut Thailand menerusi catatan dalam laman Facebook bagi mengumumkan kejayaan menyelamat remaja lelaki tersebut bersama jurulatih mereka.Empat penyelam termasuk seorang doktor yang ditempatkan untuk memantau remaja terbabit keluar dengan selamat dari gua dan berada dalam keadaan baik, kata unit elit itu yang menjadi tulang belakang operasi menyelamat bersama beberapa pasukan penyelamat dari negara asing.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw