Surprise Me

Noh Omar kata DAP tak ikut undang-undang, TARIK BALIK! TARIK BALIK! - HDMaza.pw

2019-10-08 0 3,200

Sesi petang Dewan Rakyat hari ini kecoh dan beremosi dengan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 oleh Ahli Parlimen Noh Omar (BN-Tanjung Karang). Ketika perbahasan itu, Noh mempersoal kenyataan Veteran DAP, Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang mencadangkan parti itu menubuhkan jawatankuasa khas perangi berita palsu ciptaan UMNO dan Pas, sedangkan dalam masa yang sama meminta akta itu dimansuhkan. Menurut Noh, keadaan itu memperlihatkan kerajaan hari ini bukan sahaja tiada perancangan, tidak konsisten dalam membuat keputusan penting. Dia juga melemparkan DAP tidak mengikut undang-undang dan menyebabkan barisan kerajaan meminta Noh Omar menarik balik kenyataan itu. "Pemimpin DAP (juga) nampak perlu ada akta yang baharu untuk perangi berita palsu di media sosial hari ini, tetapi kena hendak mansuhkan (RUU Antiberita Tidak Benar) hanya kerana ia diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw