Surprise Me

'Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya' - HDMaza.pw

2019-12-20 0 2,427

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam perakuan berkanun (SD) Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Najib melafazkan sumpah laknat itu beberapa ketika selepas selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru."Wallahi, wabillahi, watallahi."Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu."Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya."Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat," lafaznya.Turut hadir isteri Najib, Rosmah Mansor; anak mereka, Nooryana Najwa; Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; serta beberapa pemimpin kanan parti itu, termasuk Ahmad Maslan dan Abdul Azeez Abdul Rahim.

eXTReMe Tracker
HDMaza.pw